JAGA AURAT 😇
"Walaupun mereka bukan Islam, aurat tetap aurat. Apa yang haram dilihat tetap haram ditunjuk. Sedarlah, setiap gambar atau video yang kita sebar, yang mendedahkan aurat orang lain, menjadi saksi ke atas kita di akhirat.
Allah SWT berfirman:
'Dan janganlah kamu saling membantu dalam dosa dan permusuhan.' (Surah Al-Ma'idah: 2)
Bayangkan jika dosa itu terus beranak pinak kerana perbuatan kita. Orang lain melihat, terpengaruh, dan kita terus menanggungnya, meskipun kita sudah mati. Tidakkah kita takut apabila Allah bertanya, 'Mengapa kamu membantu menyebarkan kemungkaran di bumi-Ku?'
Hentikanlah. Padam dosa itu sekarang. Lindungi pandangan dan jagalah kehormatan manusia, kerana setiap apa yang kita lakukan, pasti akan dihisab. Jangan biarkan dosa ini menjadi beban abadi di akhirat nanti."
[link hidden — subscribe to view]
[link hidden — subscribe to view]